Penulisan Skrip Program Majalah Untuk TV 32
6 Jenis Dokumentari 1: Ekspositori, Pemerhatian dan Interaktif
Tetapi itu adalah
gaya masing-masing, dan untuk permulaan, bukan sahaja saya, tetapi dimana-mana pun, perkara bijak yang perlu kita lakukan adalah merangka dulu,
merancang, meyediakan hasil kaji selidik yang sesuai dan kerja rumah lain, serta kemudiannya menulis. Apabila
kita sudah mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang cukup, anda boleh pilih
cara-cara dan proses kerja terbaik dan sesuai untuk anda.
Kita lihat jenis
penulisan sebelum ini di sini dan di sini, dan sebelum kita masuk melihat 6
jenis dokumentari, mari kita lihat balik definisi dokumentari mengikut wikipedia:
“...sebuah filem
bukan fiksyen bertujuan untuk mendokumenkan beberapa aspek realiti, terutamanya
untuk tujuan pengajaran atau mengekalkan rekod sejarah...”
Kenapa Enam
Jenis?
Ketika menelusuri pelbagai laman di Internet, saya dapati bahawa kebanyakan penulis panduan skrip menggunakan dua buku daripada Bill Nichols iaitu Documentary (2001) dan Representing
Reality: Issues and Concepts in Documentary (1991) sebagai rujukan. Nichols
adalah seorang pengkritik filem dan pengarang pelbagai karya akademik dan juga
bertanggungjawab dalam
Beliau
mencadangkan bahawa terdapat perkembangan linear yang agak langsung dari
dokumentari awal tahun 1930-an hingga ke hari ini, bermula dengan dokumentari expositori,
berkembang secara progresif kepada gaya dokumentari pemerhatian, interaktif
dan, akhirnya, refleksif.
Jadi, kesemua enam jenis
dokumentari yang diklasifikasikan olehnya adalah Ekspository (Expository),
Pemerhatian (Observational), Interaktif (Interactive), Puitis (Poetic),
Refleksif (Reflexive) dan Performatif (Performative) seperti berikut
Enam jenis
dokumentari yang diklasifikasikan olehnya adalah seperti berikut:
Ekspositori (Expository)
Ciri-ciri dokumentari jenis ekspositori adalah seperti berikut:
- Penceritaan 'Suara Tuhan' (voice of god) langsung ditujukan kepada penonton
- Hubungan langsung antara imej dan suara.
- Temu bual digunakan hanya untuk menyokong hujah filem itu
- Struktur naratif konvensional
- Seorang narator yang juga mungkin muncul sebagai 'watak' dalam filem (seperti David Attenborough atau Michael Moore)
Mengikut
penerangan yang diberi di sini,
dokumentari jenis ekspositori “bercakap terus kepada penonton, selalunya dalam
bentuk ulasan berwibawa yang menggunakan suara latar atau tajuk, mencadangkan
hujah dan sudut pandangan yang kukuh. Filem-filem ini adalah retorik, dan cuba
memujuk penonton. (Mereka mungkin menggunakan suara lelaki yang kuat dan
nyaring.)
Komentari suara
latar, katanya, selalunya berbunyi 'objektif' dan seolah-olah mengetahui
semuanya. Imej selalunya tidak diutamakan; mereka wujud untuk memajukan hujah.
Retorik itu mendesak penonton untuk membaca imej dalam cara tertentu. Dokumentari
sejarah dalam mod ini menyampaikan akaun dan tafsiran yang tidak bermasalah dan
'objektif' tentang peristiwa lalu.
Contoh
filem-filem ekspositori:
The Civil War (arahan Ken Burns, 1990) The Shock of
the New (arahan Robert Hughes, 1980); Ways Of Seeing (arahan John
Berger’s, 1974). Siri Why We Fight (1942-45) dari pengarah
filem Hollywood terkenal, Frank capra.
Pemerhatian (Observational)
Disini, pembikin
filem akan dengan secara ringkas dan spontan membawa penonton untuk memerhati
kehidupan tanpa campur tangannya. Pembikin filem yang bekerja dalam subgenre
ini sering melihat cara puisi (yang akan dibincang nanti) sebagai terlalu abstrak dan mod ekspositori
sebagai terlalu didaktik (bertujuan mengajar, selalunya perkara-perkara moral).
Dokumentari jenis
pemerhatian yang paling awal bermula pada tahun 1960-an; dan perkembangannya dibantu
oleh teknologi yang memungkinkannya termasuk kamera ringan mudah alih dan
peralatan rakaman bunyi mudah alih.
Biasanya, jenis filem
ini tidak menggunakan ulasan suara, dialog dan muzik yang pada masa yang sama,
atau lakonan semula. Filem-filem ini bertujuan untuk pendekatan dan keintiman,
dan pendedahan watak manusia serta individu-individu dalam situasi kehidupan
biasa.
Contoh
filem-filem jenis pemerhatian:
High School (Frederick Wiseman, 1968); Les
Racquetteurs (Gilles Groulx dan Michel Brault 1958); Gimme Shelter (Albert
& David Maysles and Charlotte Zwerin, 1970); Don’t Look Back (D.A.
Pennebaker's 1967). Triumph Of The Will (1934) arahan Leni Riefenstahl’s
juga termasuk dalam kategori ini, tetapi ianya mempunyai elemen rekaan untuk
tujuan propaganda, yang akan kita lihat di bahagian 34.
Interaktif (Interactive)
Dokumentari jenis
interaktif adalah dengan terus menerus meletakan penonton di belakang kamera
dan bersama pengarah serta kru-kru filem tersebut. Kita akan sedar akan
kehadiran mereka di keseluruhan filem.
Di sini, pengarah
filem itu sendiri akan bercakap terus dengan subjeknya, dan dia juga adalah pengarang dan di kebanyakan dokumentari, juga suara latar bagi filem tersebut. Di sini, penekanan diberi kepada monolog
(suara latar) dan juga dialok, iaitu melalui pelbagai temuramah yang mungkin di
rancang atau yang telah berlaku secara spontan.
Filem jenis ini
memberi ruang kepada pelbagai sudut pandangan dan dengan adanya ruang tersebut,
kita akan mendapat lebih lagi maklumat yang berbeza. Dan, suntingan yang dibuat
adalan mengikut kesinambungan yang diperlukan (kronologi, atau struktur
traditional dengan permulaan, bahagian tengah dan pengakhiran).
Yang penting di
sini adalah, pembikin filem tidak akan memberi hujahan yang konkrit dan menyatakan
pendiriannya dalam isu-isu yang di ketengahkan dalam filem tersebut. Kepandaiannya
adalah apabila dia berjaya menyerahkan perbincangan kepada penonton dan kesimpulan dibuat sekarang perlu dibuat oleh penonton sendiri. Ya, dia boleh dianggap berjaya jika pendapatnya selari dengan pendapat penonton.
Salah satu contoh
filem dokumentari interaktif adalah filem arahan Julie Shaw, Living With
Michael Jackson, arahan Julie Shaw yang keluar pada tahun 2003. Lain-lain
jenis dokumentari terkenal dalam kategori ini adalah Thanatorama, arahan
Ana MarĂa de Jesus (2007), dan Welcome To Fine Point arahan Michael
Simons dan Paul Shoebridge.
Kita akan
bincang tiga lagi jenis dokumentari,
iaitu refleksif, performatif (performative) dan Puitis (Poetry)...ya
puitis, pada bahagian akan datang.
Bahagian 31: Penggunaan bahasa neutral
Bahagian 33: 6 Jenis Dokumentari: Puisi, Refleksif dan Performatif, (+1)
Comments
Post a Comment