Penulisan Skrip Program Majalah Untuk TV – 3

 Pencarian bahan kandungan

Antara kes yang mencetus idea untuk program ini adalah penarikan saya kepada Skandal Watergate yang berlaku pada awal tahun 1970an di Amerika Syarikat. Sebagai seorang peminat filem lama, filem All The President’s Men (1976) merupakan antara filem yang selalu mendapat tempat dalam senarai filem-filem terkemuka daripada Hollywood.

Ianya menceritakan pengalaman dua wartawan daripada akhbar Washington Post yang menyiasat kes pecah masuk pejabat Demokrat, yang kemudiannya melibatkan ramai pegawai-pegawai tertinggi kerajaan. Pendedahan demi pendedahan mengenai pelbagai komplot dan rahsia di dalam kerajaan, kemudiannya menyebabkan presiden Amerika Syarikat Ketika itu, Richard M. Nixon, meletakkan jawatan.

Kepentingan bidang kewartawanan dan peranan yang dimainkan dalam pendedahan dan liputan jenayah menjadi tema untuk rancangan ini.

Dalam proses pencarian, saya perlu memastikan bahawa setiap kes yang dipilih itu sesuai dengan konsep rancangan. Jika program tersebut adalah tentang hobi mengail ikan, saya perlu tentukan ianya berfokus dalam kail, bukan jala atau jerat. Dan samada ianya mengenai aktiviti tersebut di air tawar atau di laut.

Kaji Selidik Pusingan Pertama.

Di sini, terdapat beberapa kaedah yang boleh kita gunakan untuk mencari bahan bagi kandungan episode-episod (13 untuk projek yang saya terlibat). Penyelidikan boleh dilakukan di lokasi, dan juga melalui talian.

Malah, untuk program ini, saya banyak Berjaya mendapatkan bahan-bahan daripada Internet.  Arkib negara dan agensi media seperti Bernama boleh menyediakan perkara-perkara tersebut tetapi kosnya agak tinggi.

Kadang-kadang ada terasa fikiran untuk menukar angle cerita apabila kita terjumpa dengan bahan-bahan yang menarik, berkaitan dengan subjek yang kita sedang selidik – tetapi mungkin tidak sesuai langsung dengan apa yang ingin kita sampaikan kepada penonton.

Jika kita tidak mempunyai bahan yang cukup untuk menguatkan naratif yang hendak dipersembahkan, kita boleh menggunakan tetamu kita dengan memberi peluang bagi mereka untuk menceritakan kisah yang ingin kita mahu kongsikan bersama penonton.

Dan ini juga adalah peluang untuk kita menyediakan soalan-soalan yang sesuai yang timbul ketika mengumpul bahan-bahan tersebut. Jika kita rasa terdapat kekosongan dalam kelengkapan bahan, ianya juga boleh dipenuhkan dengan fakta yang dating daripada tetamu yang ditemuramah. Ini mengurangkan beban bukti (burden of proof) pada pihak penerbit.

 Isu mengenai bukti-bukti ini akan dibincangkan lanjut dalam catatan-catatan yang akan datang - RKP

Bahagian 2: Majalah dan dokumentari

Bahagian 4: Bukti audio visual

Comments

Popular Posts