Penulisan Skrip Program Majalah Untuk TV 27
Naratif dan impak
Kali ini, kita keluar dari aspek teknikal dan kaji sedikit pengalaman seorang pengarah filem dokumentari dan nasihat-nasihatnya kepada penulis skrip platform ini. Nama Ken Burns memang terkenal bukan sahaja di dunia filem dokumentari, tetapi dunia filem secara keseluruhannya terutamanya apabila beliau berjaya mengaut pelbagai anugerah termasuk Academy Awards (Oscar), dimana, selalunya, perhatian diberi kepada filem-filem fiksyen komersial.
Saya berkongsi sedikit nasihat Ken dari satu temuramah
, dan cuba tafsirkan penerangan beliau mengikut kesesuaiannya dengan senario
rancangan dokumentari dan majalah di negara kita.
Penggunaan naratif
Mengikut Ken kita bebas dengan elemen naratif yang ingin kita gunakan.
“Dokumentari, sebahagian besarnya,” katanya, “ditulis dan ini bermakna kita
bergantung kepada - sebagai struktur rangka sentral filem kita - sebuah naratif
bertulis”.
Ken yang meminati jenis filem-filem artistik, terutamanya jenis cinéma
vérité*, dan mahu skripnya mempunyai dimensi yang boleh dilabel sebagai
sastera dan kesusasteraan pada ketika atau saat-saat tertentu.
“Semasa menulis, adalah penting untuk anda menceritakan kisah paling
dinamik...,” katanya. “Gunakan elemen naratif untuk menambah dimensi pada skrip
dokumentari anda.”
Ken mengaku bahawa pada tahap awal lagi, kita boleh memahami tinggi dan
rendah arka cerita**. Mengikutnya, untuk menulis skrip dokumentari, penulis
akan mula mengumpulkan hasil penyelidikan, idea, (menyediakan) treatment,
menambah fakta baharu dan memasukkan nota sambil mereka berusaha ke arah lakon
layar yang siap.
Dan apa yang perlu dinantikan adalah, arka dramatik yang tidak dijangka,
yang bakal keluar sendiri daripada output yang sedang kita hasilkan.
Begitu juga mengikut pengalaman saya, dimana pada mulanya, apa yang ada
diatas meja saya adalah hanya fakta dan berita. Tetapi apabila saya membuat
kaji selidik, dan mendapat banyak lagi bahan-bahan, saya mula mendapat gambaran
(ya, saya membayangkannya seperti filem fiksyen) dan mula faham dimana adanya
adegan “action” atau “pergelutan” dan bahagian yang menyayukan.
Tetapi apabila saya membuat kaji selidik,
dan mendapat banyak lagi bahan-bahan, saya mula mendapat gambaran (ya, saya
membayangkannya seperti filem fiksyen) dan mula faham dimana adanya adegan “action”
atau “pergelutan” dan bahagian yang menyayukan.
Inilah yang membolehkan kita menyediakan
struktur skrip yang akan membantu penyunting untuk menyediakan filem tersebut
mengikut arka yang kita cadangkan dalam draf pertama skrip kita, atau treatment.
Menggunakan cara lebih berimpak untuk
bercerita
Kadang-kadang nombor dan
statistik mungkin tidak dapat menarik perhatian penonton, lebih-lebih lagi
apabila kita perlukan emosi yang tinggi dikalangan mereka melalui cerita yang
kita sampaikan - itu yang menentukan kejayaan episod tersebut.
Kita boleh mengunakan cara alternatif untuk menunjukkan impak sesuatu
insiden atau adegan. Ken, untuk salah satu daripada dokumentarinya, ingin
menceritakan kesan Great
Depression (situasi ekonomi paling teruk dalam sejarah Amerika Syarikat di
tahun 1930an), dan daripada menggunakan statistik dan nombor, beliau
menceritakan bagaimana di Pennsylvania, terdapat situasi dimana mereka yang
tidak pernah melakukan jenayah dalam hidup mereka sengaja melanggar
undang-undang agar mereka akan dihantar semula ke penjara di mana mereka
dijamin makan tiga kali sehari.
Ini sudah cukup untuk memberi gambaran
keadaan ketika itu.
Saya sendiri, ketika bercerita tentang
Skandal Watergate, juga membincangkan tentang penglibatan Amerika Syarikat di
perang Vietnam, kenaikan harga minyak di dunia dengan melonjak, dan
penggangguran sebagai isu kemarahan rakyat negara tersebut kepada kepemimpinan.
Ini memudahkan lagi mereka untuk
menerima liputan berita yang lebih lagi memberi gambaran buruk mengenai kerajaan,
terutamanya President Richard Nixon – dan tidak perlu saya meneliti dengan
lebih mendalam isu lain seperti Pentagon Papers yang memerlukan lebih masa
untuk dihuraikan.
Ingat, disini saya tidak memanipulasi penonton untuk percaya yang Nixon ini
adalah penjahat. Tetapi, menyatakan mood rakyat negara tersebut,
kenyataan bahawa mereka tidak lagi percaya kepada pemimpin dan jentera-jentera
kerajaan yang berkomplot untuk menutup banyak rahsia yang perlu diketahui oleh
seluruh rakyat jelata Amerika Syarikat.
Dan itulah situasi paranoia yang menghantui rakyat negara itu pada masa
tersebut, lebih-lebih lagi tatkala orang-orang muda dihantar ke Vietnam
berperang dengan musuh yang tak kena mengena dengan perhubungan diplomatik
mereka, dan mati di hutan belantara khatulistiwa yang mereka tidak ada
pengalaman langsung beribu-ribu kilometer daripada Amerika Syarikat.
Disini, saya membawa cerita mengenai dua wartawan Washington Post yang
membongkarkan pelbagai insiden dan pendapat yang terus mendapat perhatian
rakyat yang sudah ‘menyampah’ dengan Nixon dan sekutu-sekutunya. Itulah
kenyataan dan saya tidak menukar belit cerita tersebut, tetapi hanya
menempatkan kegusaran yang akan memberi tekanan kepada presiden negara paling
berkuasa di dunia sehingga dia meletakkan jawatan.
Isu narratif akan dibincangkan lanjut dengan elemen-elemen lain pada catatan
akan datang, banyak lagi perlu kita bincang di sini.
*Terjemaahan langsung adalah "pawagam yang benar," dimana
cerita yang menggunakan platform filem fiksyen dihuraikan dengan realistik –
seakan-akan dokumentari, tanpa apa-apa tambahan berlebihan, dan hiasan (seperti
special effect, musik dan lain-lain)
** arka cerita, mengikut wiki Bahasa Malaysia, adalah “pemanjangan atau
penyambungan jalan cerita dalam sesuatu episod atau bab media penceritaan
seperti televisyen, buku komik, komik jalur, permainan papan, permainan video,
dan dalam sesetengah kes, filem. Pada program televisyen, contohnya,
penceritaannya akan membuka lebih banyak episod”
Bahagian 28: Pengendalian Subjek Yang Tidak Lengkap
Comments
Post a Comment