Penulisan Skrip Program Majalah Untuk TV 26
Pengendalian Alih Bahasa 2: 5 Peringatan ketika mengalih bahasa
Pengalihan bahasa adalah subjektif; ianya bergantung kepada penggunaan. Untuk teks biasa atas kertas, kita akan berasa susah sedikit untuk mengetahui dengan penuh, konteks yang di utarakan oleh pengarang - kita kena membaca seluruh tulisan sebelum memahami tema, perasaan dan sebagainya. Tetapi, untuk penulisan skrip program majalah atau dokumentari, kita tahu bahawa perbualan dan perbincangan yang akan muncul di kaca TV adalah kesemuanya adalah berkenaan tema dan subjek utama rancangan tersebut. Itulah yang perlu menjadi panduan ketika ada kekeliruan yang timbul tatkala kita berdilema (atau ‘tersangkut’) dalam pencarian perkataan yang sesuai untuk sesuatu perbincangan atau perbualan. Inilah 10 peringatan yang saya ambil daripada laman ini.
1. Ringkas dan
singkat
Kadang-kadang
teks yang kita kena alih bahasa, ataupun wawancara di mana bahasa asal bukanlah
bahasa skrip perlu ada had dari segi saiz yang perlu, dan jangka masa yang
perlu di ikuti. Seperti yang telah pun dinyatakan sebelum ini, ia tidak perlu
disampaikan perkataan demi perkataan, kita boleh ringkaskan apa yang di bincang
selagi kita tidak lari daripada pokok perbincangan dan perkara-perkara penting
dalam perbualan tersebut.
2. Penggunaan
bahasa yang jelas
Mengikut
perbincangan di atas, penggunaan bahasa yang mudah, ringkas adalah yang
terbaik, walaupun anda sedang menerangkan sesuatu yang sangat canggih mengikut
perbualan. Untuk Skup Jurnalis yang diterbitkan untuk RTM, kita menemu ramah
pakar psikologi yang menggunakan bahasa Inggeris. Jadi, sudah tentu beliau
menggunakan perkataan-perkataan teknikal, yang susah di alih bahasa.
Jika kita pun
terus menggunakan perkataan-perkataan, frasa-frasa dan terminologi teknikal
tanpa penjelasan maksudnya, kita akan kehilangan penonton, disebabkan mereka
sudah tidak faham lagi dan minat mereka akan tenggelam. Kita perlu memahami
maksud perkataan atau frasa teknikal tersebut dengan sendiri dan tulis balik
dalam bahasa yang jelas. Malah, jika kita sendiri terlibat dalam wawancara
tersebut, kita perlu meminta tetamu atau tokoh yang ditemu ramah menjelaskan
sedikit istilah teknikal yang mereka gunakan.
Jika tidak
terlibat, tidak apa - kita huraikan dalam skrip. Ingat, kita masih ada lagi
tema pertengahan, subjek yang menjadi panduan. Dan, kalau masih tidak pasti,
kita boleh memanggil balik personaliti tersebut dan meminta mereka menguraikan
istilah dan konteksnya. Mungkin mereka akan kurang selesa atau “malas nak
layan” bila dipanggil balik, tetapi kita boleh minta mereka untuk mengesahkan
maksud istilah yang mereka gunakan dan konteksnya - supaya mereka tidak disalah
faham (lepas ni janji mesti mereka akan explain further). Dan jangan
pula kita cuai kerana dengan salah penghuraian yang tidak tepat, kita boleh
disaman kerana merosakkan reputasi mereka dengan kenyataan yang salah itu.
3. Elakkan
perkataan bermaksud berganda:
Kita kembali ke
penggunaan perkataan dan frasa yang jelas dan mudah.
Elakkan
menggunakan frasa atau perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna yang
mungkin. Frasa yang tidak jelas (ambiguous phrases) memang bertujuan
mengelirukan pendengar atau pembaca, dan ianya lebih kepada tujuan untuk
mengusik atau tujuan seronok lain. Sama seperti diatas, jika kita tidak pasti,
tanya dan dapatkan penjelasan yang lebih tepat.
Kita sentiasa
kena ingatkan penonton kita yang datang daripada pelbagai latarbelakang, umur
dan mungkin pendidikan yang lain tarafnya. Oleh itu, tak payahlah nak
menunjuk-nunjuk berapa “hebatnya” kita dengan menggunakan perkataan-perkataan
atau frasa-frasa yang canggih manggih. Ini bukan masanya.
4. Gunakan
terminologi yang mantap
Disini, kita
jangan pandai-pandai nak cipta terminologi sendiri yang dialih bahasakan secara
manual. Kita masih boleh gunakan terminologi asal, dan menerangkan dengan cepat
maksudnya. Jika rancangan itu adalah untuk segolongan profesional tertentu,
atau mempunyai tema kebudayaan, misalnya, untuk segolongan masyarakat maka kita
boleh gunakan perkataan yang diambil daripada budaya, adat resam dan lain
perkara yang berkaitan. Jelaskan maksudnya, dan kemudian terus gunakan
perkataan asal tersebut.
5. Elakkan
penggunaan bahasa harian, bahasa pasar, atau loghat-loghat.
Penggunaan bahasa
harian atau bahasa pasar memang perlu di elakkan, lebih-lebih lagi perkataan-perkataan
yang lebih berkaitan dengan sesuatu daerah atau negeri asalnya. Jika ianya
penting, seperti petikan daripada ucapan atau perbualan yang berlaku yang perlu
kita sertakan, kita boleh gunakannya. Jika ianya terlalu jauh daripada bahasa
yang kita gunakan, maka kita perlu jelaskan maksudnya
Pokoknya,
kefahaman adalah amat penting. Jangan kita seorang sahaja faham dan “syok
sendiri” dan penonton pula ternganga-nganga. Kekeliruan akan berganda, jika
rancangan ini berjaya dan di sindiket pula ke negara-negara lain di mana mereka
membuat penterjemahan mereka dengan bahasa mereka, ianya akan lebih lagi
mengelirukan penonton di sana - lebih teruk jika penterjemahan mereka di
sebelah sana tidak begitu efektif. Seterusnya, disebabkan sudah lari daripada
tema, subjek, dan tidak lagi seperti alasan asal mereka tertarik pada rancangan
tersebut, mereka mungkin tidak mahu lagi membeli program-program dari sini.
Hilang bisness pasal isu bahasa pulak. Kita akan teliti beberapa
peringatan lagi di catatan akan datang.
Bahagian 25: Pengendalian Alih Bahasa 1 Peringatan
Bahagian 27: Naratif dan impak
Comments
Post a Comment