Penulisan Skrip Program Majalah Untuk TV 25
Pengendalian alih bahasa 1.
(Catatan ini
hanya untuk penulis skrip yang juga perlu menulis alih bahasa, atau menggunakan
teks yang di alih bahasa dan menggabungkannya dalam skrip secara keseluruhan).
Sebagai negara
yang mempunyai rakyat dari pelbagai latar belakang samada dari segi sejarah, budaya
atau agama, kita juga boleh berbangga dengan bahasa ibunda yang berlainan yang bertapak disini, dan diajar di sekolah-sekolah.
Tidak seperti negara-negara di Eropah, di Malaysia, akar umbi bahasa Melayu,
Tamil (dan lain-lain bahasa dari India) dan Mandarin (dan lain-lain dialek dari
China) adalah amat berlainan, dan jauh dari satu sama lain.
Di Eropah (dan
seterusnya melalui migrasi penduduknya ke benua Amerika), bahasa antara
negara-negara selalunya mempunyai akar umbi yang sama, seperti bahasa-bahasa Sepanyol,
Itali, dan Portugal.... manakala lain-lain bahasa di timur Eropah pula mempunyai
banyak persamaan dengan Rusia.
Disebabkan ketidaksamaan
latar belakang sejarah, dan budaya yang agak tersendiri, kita tidak boleh
menggunakan pendekatan langsung (direct approach) dalam pengalihan bahasa. Tetapi, kita bernasib
baik di sini kerana disebabkan perhubungan erat antara kaum-kaum, dan sistem
pendidikan negara yang banyak mengajar tentang budaya-budaya yang terdapat di
sini, dan kita sendiri mempunyai perhubungan rapat, samada dengan rakan-rakan
di tempat kerja atau di luar; serta saudara-mara yang mempunyai latar belakang
kebudayaan yang berbeza, kita lebih memahami dan boleh mendalami perbincangan
dan buat penyetempatan konteks-konteks tersebut dalam skrip kita.
Jangan “alih bahasa”.
Kita berkomunikasi.
Kesemua yang kita
tulis adalah komunikasi – talam perhubungan dan mesej kita – kepada penonton.
Itulah yang perlu kita ingat setiap kali kita ingin menulis sesuatu dalam skrip
kita – dan ini termasuklah ketika kita menyediakan alih bahasa temu bual, atau
mana-mana rakaman yang bukan bahasa asas program majalah atau dokumentari anda.
Elakkan alih
bahasa secara langsung
Kaedah alih
bahasa secara langsung atau Direct translation bukan sahaja boleh
menimbulkan kekeliruan, tetap juga kesalah fahaman. Itulah sebabnya kita perlu
memahami konteks perbincangan yang selalunya adalah berasaskan tema atau subjek
perbincangan (untuk episod tertentu).
Antara kesalahan yang selalu kita nampak adalah seperti pengekalan susunan perkataan atau frasa teks sumber yang sama. Kita perlu ingat bahawa yang penting disini adalah kesan yang kita mahu daripada teks tersebut kepada penonton
Contoh:
The public pressure continued to increase, and the
newspapers continued with loud coverages
of the scandal; and Nixon finally relented and announced his resignation.
Ini hasilnya jika kita
terjemahkan ayat diatas menggunakan Google Translate: “Tekanan orang ramai terus
meningkat, dan akhbar-akhbar meneruskan liputan yang lantang mengenai skandal
itu; dan Nixon akhirnya mengalah dan mengumumkan peletakan jawatannya.”
Bila saya perlu mengalih bahasa kenyataan diatas, saya akan menukar
sedikit susunannya, dan memberi sedikit flavour, atau rasa yang sesuai
untuk ayat tersebut:
“Peningkatan
tekanan daripada orang ramai, serta liputan yang meluas dibuat oleh suratkhabar
menyebabkan Nixon mengalah dan terus mengumumkan peletakan jawatannya.”
“Tekanan demi
tekanan daripada orang ramai terus meningkat, ditambah pula liputan yang
bertubi-tubi diberi oleh pihak media. Akhirnya, Nixon mengalah dan mengumumkan
peletakan jawatannya.”
Juga, lihat
bahawa saya tidak mengelakan penggunaan tanda baca yang sama dengan teks asal B. Inggeris. Bahaya,
tu!
Punctuation atau
tanda baca ini berbeza cara penggunaannya dari satu bahasa ke lain. Kita lihat contoh yang di beri disini, misalnya.
1: We had one
problem: only Adel knew we faced bankruptcy.
2: We had one
problem only: Adel knew we faced bankruptcy.
3: We had one
problem only, Adel knew: we faced bankruptcy.
4: We had one
problem only Adel knew we faced: bankruptcy.
Kesemuanya perkataan
yang sama, tetap tanda baca yang lain tempatnya. Dalam bahasa Melayu kita
terpaksa menukar jalan ayat tersebut untuk menyampaikan maksud yang lebih
tepat.
1: Kami mempunyai
satu masalah: hanya Adel sahaja yang tahu bahawa kami akan muflis.
2: Kami mempunyai
satu masalah sahaja: Adel tahu yang kami akan muflis.
3: Adele faham
yang kita mempunyai satu masalah sahaja: Kita akan muflis.
4: Kami mempunyai
satu masalah yang hanya Adele tahu yang kami hadapi: muflis.
Dan dalam
contoh-contoh di atas, kita dapat lihat bagaimana petanda bacak (koma) boleh
mengubah sedikit sebanyak apa yang disampaikan dalam ayat-ayat tersebut. Dalam skrip
suara latar, peletakan tanda baca akan membantu artis tersebut untuk memberi
penekanan, atau berhenti (sejenak) serta
lain-lain teknik untuk mendapatkan reaksi yang betul daripada penonton. Selalu
fikir tentang penonton dan bagaimana mereka boleh terharu atau dihantui oleh
subjek yang kita persembahkan, dan gunakan “effect” yang sesuai terutamanya
dengan penggunaan tanda baca yang betul, di tempat yang sepatut ianya diletak.
Bahagian 24: 7 Jenis Penulisan Berguna Untuk Skrip Majalah Bhg 2
Bahagian 26: Peralihan Bahasa - 5 Peringatan
Comments
Post a Comment