Penulisan Skrip Program Majalah Untuk TV 30
Wawancara dan persiapan 2: Di Sebelah Pagar
Jika kita perlu
buat persiapan untuk wawancara dengan tetamu episod/rancangan tertentu, kita
juga kena faham bagaimana mereka pula akan membuat persiapan menghadapi kita atau
sesi penggambaran. Ini akan membolehkan empati di bahagian kita dan akan
menyenangkan lagi keseluruhan proses untuk kedua pihak penerbit rancangan dan tetamu
yang akan hadir untuk penggambaran.
Kaji selidik
Sebagaimana kita
sebagai penulis skrip membuat kaji selidik sendiri, tetamu kita juga perlu
menyediakan diri walaupun kita hanya ingin mengetahui apa yang dia sudah tahu!
Ya, mereka akan membuat kaji selidik mereka sendiri, iaitu mengenai tema/subjek yang akan dibincangkan dan juga mengenai kita dan latarbelakang kita. Pada masa ini, kita sendiri (jika kru kecil) atau pengurus produksi sudah menghubungi mereka dan sedang mengurus masa dan sebagainya. Dalam komunikasi mereka akan meminta atau ingin tau beberapa perkara, iaitu:
- Subjek yang akan dibincangkan
- Latarbelakang produksi
- Tema rancangan
- Orang penting yang terlibat
- Lain-lain tetamu yang bakal dijemput
Perkara
perbincangan
Walaupun
perbincangan berkisar kepada tema dan subjek utama, disini, mereka akan (atau menggunakan
kesempatan untuk) cuba untuk memasukan mesej utama mereka. Bergantung kepada
bidang mereka dan juga organisasi dan misi-misi yang diwakili oleh mereka – inilah
masa yang boleh mereka gunakan untuk memasukkan mesej-mesej persendirian mereka
walaupun kadang-kadang tidak kena mengena dengan program kita.
Perkara ini boleh
diuruskan sewaktu proses penyuntingan. Namun, adalah tanggungjawab kita untuk
terus menarik balik, atau memesong, arus perbualan ke topik perbincangan (selalunya
ia adalah tanggungjawab pengarah, tetapi di program Skup Jurnalis, saya tidak
berhenti dengan kerja kaji selidik; dan dengan adanya saya ketika penggambaran,
saya dapat mengawal aliran keluar maklumat daripada tetamu yang cukup untuk
saya gunakan ketika menulis skrip draf akhir nanti.
Jika saya dapati
mereka keluar tajuk, saya akan dengan perlahan membawa balik mereka ke subjek
asal, atau pada titik perbincangan dari mana perbualan sudah mula memesong. Namun, kita
perlu bersedia dengan pelbagai cara atau daya (atau pedaya) mereka untuk cuba
memasukan naratif sendiri yang mungkin tidak selari atau langsung tidak
menyentuh tema dan subjek yang dibincangkan. Kita kena bersedia dan mencari
jalan yang paling aman dan berdiplomatik mungkin untuk menarik balik mereka ke landasan
yang betul.
Atau...potong
sahaja perbualan dua hala dan memberitahu pengarah bahawa perbincangan sudah
tidak lagi relevan kepada taruk pada hari tersebut. Ini mungkin akan mengecewakan
tetamu kita, tetapi kita kena berpegang kepada komitmen kita untuk memberi
kandungan terbaik untuk program kita.
Penyediaan
soalan-soalan
Jawapan spontan
adalah selalunya terbaik untuk paparan media, samada cetak atau elektronik. Itu
sebabnya walaupun adanya sidang media, wartawan-wartawan akan menyerbu mereka
yang berkaitan untuk mendapatkan ulasan
(sound byte – komen daripada mereka) dan mereka akan memberi komen yang
lebih spontan, off-the-cuff iaitu luahan tanpa gesaan.
Untuk wawancara, ya, kita boleh dapatkan respon sebegitu. Ada tiga jenis responden dalam hal ini... atau lebih, tapi saya kategorikan kepada tiga di sini.
- Mereka yang segan – bukan malu, tetapi mungkin terikat dengan tugasan mereka dan tanggungjawab mereka di sesuatu organisasi atau jabatan dan tidak mempunyai kebenaran (clearance) untuk mendedahkan maklumat-maklumat tertentu.
- Mereka yang terlalu (atau terlebih) bersemangat, sanggup berbincang apa pun subjek dan boleh cepat lari daripada subjek. Selalunya golongan ini tidak menyiapkan diri mereka dan berpengalaman dalam pengendalian pihak media.
- Mereka yang memang tidak dapat siapkan diri kerana tidak ada pengalaman langsung.
Penggunaan bahasa
teknikal dan istilah-istilah
Ini adalah
penting, amat penting untuk perbincangan kita, kerana bahasa teknikal dan
istilah – istilah yang digunakan adalah tepat dengan pendapat mereka dan mereka
tidak perlu sibuk mencari makna dan perkataan yang sesuai untuk penonton.
Disini, kita
boleh meminta mereka menjelaskan kemudian maksud istilah yang kita boleh
masukan sebagai informasi sorotan ketika menyunting, dan jika tetamu boleh
menjelaskan istilah dan memberi anekdot yang berpadanan dan menarik untuk penjelasan,
ianya mungkin berguna sebagai kandungan rancangan kita (buta masa sekarang atau untuk kegunaan masa
hadapan).
Oleh itu, jangan halang mereka sebelum penggambaran untuk tidak menggunakan bahasa dan istilah tersebut kerana ianya boleh melemahkan semangat mereka dan kita tidak boleh mengeluarkan pendapat/ulasan yang terbaik daripada mereka. Kita sentiasa perlu beri mereka kebebasan untuk bersuara, memberi pandangan dan pada masa yang sama menjadi guide, membawa mereka ke arah yang betul yang memberi faedah kepada rancangan dan seterusnya kepada penonton..
Bahagian 29: Wawancara dan persiapan
Bahagian 31: Penggunaan bahasa neutral
Comments
Post a Comment