Penulisan Skrip Program Majalah Untuk TV 20
Kita mendekati lebih lagi dalam isu maklum balas kerana inilah yang akan pada mulanya menentukan
bahawa kita sedang berada dalam hala tuju yang betul, dan masih ada dalam konsep original program
yang bakal diterbitkan.
Sebab... skrip
inilah yang kemudiannya akan membantu pengarah dan penerbit untuk mengetahui
samada mereka ada dalam landasan yang betul (on the right track).
Kritikan Yang
Membina (Constructive criticism)
Penulisan skrip
adalah bukanlah seperti novel atau cerpen, yang pada mulanya ditulis untuk diri sendiri... Skrip berfungsi memenuhi keperluan konsep dan rancangan seperti yang disetujui bersawa penerbit dan pengarah.... dan ianya perlukan perhatian ramai, daripada
pengarah, penerbit terutamanya, dan juga lain-lain bahagian teknikal jika
mereka terlibat. Kita mempunyai ramai pembaca daripada sudut pandangan dan kepentingan yang
berlainan.
Oleh itu, setiap
kritikan yang diterima adalah untuk mereka sendiri memberi sumbangan terbaik melalui
kepakaran mereka, dan skriplah yang menjadi asas, tapak pembinaan kreativiti mereka.
Kritikan, teguran, atau - dari yang ada masalah peribadi sedikit - maki hamun (jarang,
kerana mereka yang ‘toxic’ ini selalunya tak akan ada lama dalam
industri) boleh memusnah dan membina seperti yang dibincang di bahagian 19.
Mereka sendiri
tahu bahawa apa yang mereka beri adalah constructive criticism, dimana
kritikan yang diberi adalah bertujuan untuk membantu membentuk skrip yang solid,
kukuh dan juga, serba boleh (versatile) dimana ianya mempunyai ruang
untuk penambahan fakta, atau boleh di-improvisasi (tetapi tidak lari daripada konsep dan idea
asal)
Terimalah semua
kritikan, dan juga maki hamun supaya kita dapat terus memperbaiki kepakaran diri sendiri.
Kebolehan menerima “maki hamun” adalah satu superpower yang mengekalkan
ramai dalam industri dan mengukuhkan mereka sehingga pada kemudiannya mereka
pandai menggunakan lemparan-lemparan yang ditujukan kepada mereka untuk terus
memperbaiki hasil penulisan mereka dan juga personaliti mereka.
Tanya soalan
penjelasan
Janganlah kita
terus melenting selepas menerima maklum balas yang tidak menyenangkan hati.
Janganlah juga kita terus menghilangkan diri, putus asa dan membuat keputusan untuk tidak
mahu menulis lagi.
Adakalanya, kita boleh nampak bahawa kritikan tersebut tidaklah munasabah, macam “tak kena” dan
apabila kita membuat semakan, kita masih tidak faham kenapa sesuatu bahagian skrip
tersebut perlu ditukar.
Penyemakan balik juga boleh menolong membuktikan samada pengkritik itu betul-betul faham akan apa yang hendak perlu
disampaikan dan cuma ala-ala memberi maklum balas untuk menunaikan
tanggungjawabnya. Jika betul mereka mahukan satu projek yang berkualiti, maka
mereka semestinya memberi maklum balas yang membantu dalam produk akhir untuk kebaikan mereka sendiri.
Terima maklum
balas dengan hati dan minda terbuka
Adakah kita sudah
cukup berfikiran terbuka (open minded enough) sehingga kita boleh menggalakkan
maklum balas mengenai kerja-kerja yang kita hasilkan? Untuk mencapai tahap pemikiran sebegitu, kita
perlu ada perhubungan yang baik dengan mereka, samada pengarah atau penerbit, agar mereka sendiri sedia memberi maklum balas mereka dengan lebih terbuka,
kerana mereka sudah selesa bekerja dengan kita dan tahu bahawa kita tidak akan
sakit hati jika mereka berterus terang. Kita perlu memberi mereka zon selesa (comfort
zone) untuk mereka memberi ulasan yang terbuka tetapi boleh mengguris hati hanya jika kita terlalu sensitif.
Itu akan menyenangkan proses penerimaan apa-apa kritikan dan respons mereka bagi kita. Kita boleh menunjukkan
kerelaan kita, penerimaan dengan rahmat, yang kita menerima dan mengakui bahawa
kesemua maklum balas dan respons adalah untuk kebaikan keseluruhan produksi program
tersebut.
Jadi pengkritik
yang lebih teruk dari mereka.
Jaga diri kita,
jaga hati kita, tetapi jangan terlalu manja. Inilah yang menyebabkan perangai
yang boleh terus menyeret diri kita ke kawasan bahaya dari segi pembangunan
diri. Kita perlu sentiasa memerhati dan membetulkan diri kita dulu.
Apa yang ditulis hari ini akan dilihat dengan persepsi yang berbeza sedikit pada keesokan hari atau mana-mana masa hadapan kerana, diantara masa kita menulis bahan tersebut dan ketika kita balik menyemak banyak pengalaman dan pengetahuan baru boleh digunakan untuk menambah kekuatan skrip tersebut, atau mengubah fakta-fakta yang tidak pada masa sekarang tidak masuk akal. Kita tidak boleh berbelas kasihan dengan diri sendiri...kita tidak akan maju kehadapan jika selalu berpuas hati dengan tahap awal usaha kita.
Bahagian 19: Maklum Balas 1
Bahagian 21: Kaedah Semakan ARMS
Comments
Post a Comment