Penulisan Skrip Program Majalah Untuk TV 21


Semakan: ARMS dan CUPS

Bagi sesiapa yang mengikuti blog ini, sila ambil perhatian di mana catatan saya tidak tersusun dari segi  kronologi dan juga dari segi kepentingan teknik-teknik. Saya lebih berfokus kepada kerja-kerja apabila siap penggambaran dan ketika penyuntingan sedang dibuat. Kita akan di suruh menyemak, mengubah dan malangnya, kadang-kadang memulakan skrip baru, from scratch – dari mula.

Ini disebabkan kebanyakan yang dirancang untuk program majalah TV bermula dari plan dan rangka dahulu, dan pada masa yang sama, dan lebih kerap, kandungan-kandungan kemudiannya adalah impromptu atau dimasukan secara mendadak, adalah berkebetulan pada masa tersebut, dan pada saat terakhir – kita memang tidak boleh tahu bila idea yang lebih baik akan muncul, kerana tiba-tiba pengarah atau penerbit mungkin tidak mahu sesuatu bahagian atau adegan, atau ingin menyelitkan sesuatu yang lain pula.



ARMS

Antara kaedah yang popular dan senang diingat untuk semakan adalah ARMS dan CUPS. Kita akan melihat CUPS dalam catatan akan datang. ARMS adalah akronim untuk kaedah bagi memastikan yang anda membuat semakan seiring, atau sepanjang proses penulisan anda:

A untuk Adding (Tambah)

Ini adalah untuk penambahan ayat-ayat atau perkataan-perkataan sesuai untuk menambah baik penulisan anda terutamanya ketika penyediaan skrip VO (suara latar) di mana kita kena memberi gambaran dan penjelasan yang lebih daripada apa yang ditunjukan secara visual.

R untuk Remove (keluarkan) 

Mantra penulisan skrip selalunya adalah Less is More (Kurang lebih), dengan menggunakan perkataan yang mudah, sedikit, kita boleh sampaikan mesej dengan impak yang lebih. Jangan melambakkan perkataan-perkataan yang boleh disingkatkan tanpa mengkompromikan mesej anda. Singkirkan ‘lemak’ daripada ayat-ayat anda.

Jangan rasa “sayang” jika anda rasa itu tulisan terbaik yang anda pernah buat, tetapi ianya tidak lagi sesuai dari segi kandungan..... it has to go! Anda kena lepaskan ayat tersebut. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, jangan terlalu manjakan diri sehingga tulisan pula di kompromi.

M untuk Move (alih)

Disini kita alihkan ayat dan perkataan daripada penerangan yang ditulis dan supaya kita dapat satu rentak (pacing), struktur dan aliran yang lebih baik – ini dicapai jika kita membaca dengan lantang, kita akan tahu di mana rentaknya seolah-olah tidak kena atau aliran yang tidak smooth, lancar.

Susunan yang tidak rapi; perkara yang di atur jika tidak lancar....atau huru-hara; akan mengelirukan dan terus memadam minat penonton yang mungkin akan menukar channel serta merta...(walaupun kesemuanya sudah melalui pengarah dan penerbit).  

S untuk Substitute (ganti)

Disini pula, kita menggantikan perkataan dan ayat dengan perkataan baharu untuk mencipta sintaks, artikulasi dan gaya yang lebih baik. Ketiga ini akan di analisa dengan lebih lanjut pada masa akan datang. Jika kita perlu menukar kembali seluruh skrip kerana ada yang tidak kena, kita perlu melakukannya untuk mendapatkan output terakhir yang berkualiti.

ecsemajor.wordpress.com
(Gambar dari: ecsemajor.wordpress.com)

CUPS

CUPS adalah akronim untuk Capitalisation (huruf besar), Usage (Penggunaan kata nama dan kata kerja), Punctuation (tanda baca) dan Spelling (ejaan). Kesemua ini adalah perkara-perkara asas yang boleh di betulkan ketika kita menulis, dan tatkala pembacaan pruf (proofreading). Disebabkan ini adalah skrip, perkara seperti tanda baca dan ejaan tidak akan mengganggu pembaca ketika merakam suara latar, tetapi mungkin ada yang tidak selesa jika ada kesilapan atau ada yang tidak konsisten.  

Motivasi diri

Ketika anda sedang  melakukan pengubahan, pelarasan atau pembetulan, sebagai penulis (yang selalunya agak sensitif) anda mungkin dilanda perasaan kurang keyakinan diri, atau kurang upaya ... tidak selalu, tetapi kadang-kadang ia boleh berlaku.

Jangan biarkan kesalahan dan kesilapan yang ditemui dalam draf-draf awal skrip anda mematahkan semangat diri. Itu adalah perkara biasa. Ini tidak bermakna anda kurang efektif sebagai penulis skrip atau anda perlu mencari kerjaya lain. Seperti yang saya ingatkan sebelum ini, penulis skrip Hollywood, William Goldman dalam memoir-nya menyatakan bahawa walaupun beliau telah memenangi anugerah Oscar, dan selalu dalam permintaan dalam industri tersebut, dia masih lagi melalui keseluruhan proses pengubahan, semakan dan kadang-kadang disuruh untuk memulakan balik sesuatu skrip daripada perspektif yang berbeza.

Jika ia menjadi norma, dan jika kita bersedia untuk menerima bahawa karya yang kita hasilkan selalu ada kekurangan dan memerlukan pengubahan serta semakan, dan melakukan apa yang perlu untuk menghasilkan skrip yang terbaik, maka ia akan membantu memantapkan diri kita sebagai penulis skrip yang mantap dan selalu dalam permintaan dalam industri - RKP

Bahagian 20: Maklum Balas 2

Bahagian 22: Sintaksis, Artikulasi dan Gaya

Comments

Popular Posts