Penulisan Skrip Program Majalah Untuk TV 19
Mengendali Maklum Balas 1
Maklum balas
untuk skrip anda tidak semestinya berlaku pada tahap akhir, setelah draf
pertama siap. Anda kadang-kadang akan diminta menunjuk kerja yang masih dalam
proses (Work in progress). Malah, setiap skrip adalah work in
progress sehingga di talam penggambaran dan untuk rancangan majalah dan
dokumentari, atau ketika proses penyuntingan.
Jangan anggap
maklum balas ini seperti laporan kemajuan (progress report) atau
kritikan untuk menghampakan anda. Setiap maklum balas adalah penambahan
pengetahuan kita dan amat perlu untuk pengalaman kita.
Malah, penulis
skrip yang berpengalaman dalam industri akan juga melaluinya, dan ini
disebabkan dia tidak bekerja dengan pengarah atau penerbit yang sama dalam projek-projek mereka. Setiap kali,
mereka berurusan dengan personaliti yang berbeza dalam corak pemikiran mereka
dan kemahuan mereka.
Penolakan dan kritikan
Ya, penolakan skrip
secara keseluruhan boleh menghampakan kita; kita pun boleh berputus asa dan sendiri ingin berhenti.
Tetapi, kisah-kisah dimana skrip telah ditolak langsung perkara yang norma yang perlu
dijangkakan supaya kita bersedia untuk langkah seterusnya.
Jadi, ingat, bidang
penulisan adalah kerja bersendirian. Sehingga kerja siap, kita tidak boleh
bercakap dengan sesiapa pun tentang subjek tersebut, dan hanya dengan adanya
proses maklum balas kita boleh tahu bahawa kita berada di landasan yang betul (on
the right track) dan jelas tentang konsep dan subjek yang ditulis.
Juga, seperti yang dinyatakan disini, “maklum balas yang paling berharga adalah yang jujur, teliti, dan yang paling penting, boleh diambil tindakan....dan pada masa yang sama....
Membezakan maklum balas yang baik dan buruk.
Buruk disini tidaklah “teruk”, tetapi memang sukar untuk diterima. Kita juga perlu melihat diri sendiri, iaitu perwatakan kita – sanggupkah kita tidak mendengar ego kita dan menerima pandangan orang lain yang bertanggapan dengan penilaian kita sendiri?
Walaupun kita
menulis apa yang kita mahu tuntun sendiri, ramai mempunyai cita rasa yang lain,
kehendak yang mungkin tidak selari dengan apa yang kita mahu sampaikan.
Maklum balas yang
boleh kita tolak adalah yang kita tahu bahawa ianya di bentuk oleh pandangan serong
seseorang itu. Mungkin agenda pengarah atau penerbit sudah berubah. Pada tahap
ini, kita perlu mengingatkan mereka pula konsep asal yang telah disetujui oleh
semua (terutamanya jika program ini di terbitkan untuk stesen TV dan sebagainya).
Kita mungkin akan dimaki atau dikritik balik – tidak apa, jika skrip itu ditolak
oleh pihak penyiaran atas sebab atau isu-isu yang sama, baru yang lain akan
faham. Some learn their lessons the harder way atau dalam bahasa pasar (izinkan),
ada mereka yang “dah kena lesing baru nak belajar”.
Jaga reaksi
anda
Mungkin di
Malaysia kita tidak dengar pasal penulis skrip prima dona atau berita-berita
mengenai penulis skrip yang meninggalkan projek separuh jalan. Kita tidak mempunyai industri
yang besar, lagi-lagi penulis skrip di Hollywood sendiri terpaksa menanggung
pelbagai kehinaan dan masih lagi berdedikasi kepada kepada kerjaya mereka.
Pendapat saya
sendiri adalah, kepuasan datang bukan sahaja apabila kerja yang kita buat
diberi bayaran yang sepatutnya, tetapi apabila kita melihat produk akhir
tersebut, samada berita oleh wartawan, atau program di TV oleh penulis skrip.
Melihat penulisan kita menjelma di skrin dalam bentuk suara atau lakonan dan
dipuji oleh semua pihak.
Oleh itu,
terimalah maklum balas dan kritikan dengan hati dan minda yang terbuka. Tanya
penulis yang berjaya di seluruh dunia samada mereka masih lagi menerima
kritikan atau maklum balas – kebanyakan mereka akan menjawab bahawa mereka
mahukan panduan-panduan sebegitu kerana itulah sebabnya mereka terus dapat menghasilkan
penerbitan karya-karya yang hebat secara konsisten. - RKP
Bahagian 18: Mengendali blok penulis
Comments
Post a Comment