Penulisan Skrip Program Majalah Untuk TV 18


Mengendali Blok Penulis

Setiap penulis pernah mengalami mimpi ngeri: Blok Penulis (writer’s blok). Selalunya untuk blok penulis, kita disarankan untuk melihat sebab-sebab utama masalah tersebut muncul (tarikh tamat? Cerita hilang jalan? Penat?) atau, menukar cara pendekatan kita, mungkin dari segi masa, rutin, sudut yang tidak sesuai dengan cerita, dan lain-lain lagi.

Tetapi untuk penulis skrip, kita ada banyak cara, lebih sekarang daripada - katakan -  penulis novel, disebabkan media visual yang berlambak sekarang. Inilah sebabnya, kita boleh mengatasi masalah blok penulis melalui:

Tuntun dokumentari/program majalah lain

Memang filem-filem dokumentari atau siri-siri bukan fiksyen di TV telah mempengaruhi keputusuan anda untuk menjadi seorang penulis skrip.

Jadi, janganlah lepaskan tabiat menuntun filem dokumentari dan program-program majalah yang popular dikalangan penonton pada masa sekarang. Kepopularan tersebut disebabkan oleh penonton sendiri yang mahukan sesuatu daripada penerbit rancangan-rancangan tersebut dan telah menerima apa yang mereka inginkan.

Ianya akan sedikit-sebanyak memberi idea baru, menyegarkan balik proses pemikiran kita yang digunakan untuk menulis skrip. Idea-idea, konsep-konsep, namun, sesetengah adegan daripada apa yang di tuntun boleh memberi inspirasi untuk skrip kita sendiri.

Malah, ia juga boleh memberi amaran jika kita baca balik apa yang ditulis sebelum ini dan kali ini ianya nampak tidak cantik... tidak menyerlah.

Tulis perkara lain

Ya, memang ianya tidak kena mengena dengan apa yang kita perlu lakukan dan mungkin membazirkan masa. Tetapi ingat, setiap kali anda menulis sesuatu (bukan kat social media), anda sedang berlatih, dan latihan menulis tak akan berhenti sehingga kita masih mahu terus menulis sebagai kerjaya kita.

Tetapi anda boleh memperkembangkan lagi daya kreativit anda, pemikiran luar kotak (out of the box thoughts) hanya jika anda membuat sedikit eksplorasi dengan kemahiran penulisan anda. Mungkin anda boleh melakar pantun, puisi, sajak, menulis cerpen dan lain-lain lagi.

Kesemua ini akan menyemarakkan lagi daya kreativiti anda dan kreativiti boleh melahirkan lebih kreativiti.

Buat aktiviti fizikal.

Yang ini mesti dicadangkan bagi sesiapa yang duduk dihadapan skrin. Untuk pekerjaan lain, ianya membantu merehatkan minda mereka, dengan aktiviti seperti berjalan atau membuat senaman ringan.

Saya boleh sarankan pendengaran musik, tetapi ada antara kita yang pemuzik atau penggemar muzik dan mungkin kita teramat atau teruja dengan musik tersebut sehingga kita dah tak ada ‘mood’ pula hendak kembali ke kerja menulis kita.

Maman mana pun, untuk otak kreatif, ianya boleh memerlahankan proses pemikiran yang kini sudah berkecamuk sedikit (atau lebih) dan menjumpai jalan buntu pula. Kita perlu beri “pernafasan” (breather) untuk minda kita supaya  ianya membolehkan ruang-ruang terbuka untuk fikiran atau idea yang baru.

Ingat, fikiran kita yang tidak berfokus boleh terjemaah di karya kita.

Gunakan teknik carta dan lain-lain

Saya sendiri tidak menggunakan teknik ini, tetapi jika tersangkut di mana-mana peringkat penulisan, saya akan mencoret gambarajah atau pelan yang ada dalam fikiran saya dan lihat secara fizikal apa yang ada dan apa yang boleh ditambah. Ini akan merangsangkan fikiran kita dan pelbagai jenis idea akan muncul, ia membantu untuk kita balik ke kerja kita dan sambung tempat yang kita berhenti tadi. Malah, apabila kita membuat semakan, kita boleh gunakan teknik-teknik seperti (klik link untuk maklumat lanjut

Peta minda (Mind Map)

Sumbang Saran (Brainstorm)

Carta Alir (Flow chart)

Enam topi pemikiran (Six thinking hats)

Ini hanya sedikit sahaja daripada pelbagai teknik dan saya akan bincangkan satu atau dua daripada teknik tersebut, dengan penjelasan yang lebih cenderung kepada penulisan skrip - RKP


Bahagian 17: Petikan dari penulis lain

Bahagian 19: Mengendali maklum balas

 

Comments

Popular Posts