Penulisan Skrip Program Majalah Untuk TV 17


Petikan dari penulis professional - 1

Kali ini, kita take five atau rehat sedikit daripada isu-isu teknikal penulisan skrip dan lihat pandangan dan pendapat penulis-penulis skrip terkenal dari Hollywood (sebab ianya senang dicari dan mereka adalah penulis yang berjaya) dan konteksnya yang kita oleh guna pakai dalam perjalanan kita menangani kemahiran menulis skrip, terutamanya untuk program majalah. (Petikan-petikan ini diambil dari sini, terdapat banyak lagi disana yang boleh anda rujuk)

                “I could be just a writer very easily. I am not a writer. I am a screenwriter, which is half a filmmaker…. But it is not an art form, because screenplays are not works of art. They are invitations to others to collaborate on a work of art.”   – Paul Schrader
[Saya boleh terus menjadi seorang penulis dengan mudah. Tetapi saya bukan seorang penulis. Saya seorang penulis skrip, yang merupakan se-bahagian pembikin filem….Tetapi ianya bukanlah satu bentuk seni, kerana lakon layar bukanlah karya seni. Ianya adalah jemputan kepada orang lain untuk bekerjasama dalam karya seni.”]

Paul Schrader pernah memandu teksi sebelum memasuki industri perfileman, dan pengalamannya digunakan untuk skrip Taxi Driver, yang difilemkan oleh pengarah yang amat dihormati di sana, Martin Scorsese. Setelah filem tersebut mendapat pujian dan memenangi beberapa anugerah (di calon untuk Oscar tetapi tidak menang untuk tahun 1976, anugerah Filem Terbaik tahun tersebut dimenangi oleh filem Rocky...)

Walaupun Schrader berbincang tentang skrip fiksyen, kita boleh gunakan kenyataannya dalam konteks skrip majalah dan dokumentari. Filem tersebut difilemkan lebih seperti dokumentari. Bayangkan, jika dia sendiri tidak melihat penulisan skrip untuk fiksyen sebagai satu seni, apatah lagi skrip lain.

Seperti mana yang boleh kita faham, penulisan skrip adalah teknikal. Ianya boleh dibandingkan dengan buku panduan.... tetapi naratifnya masih ada. Ambil mana-mana dokumentari yang kita biasa lihat, seperti dari National Geographic. Walaupun fokusnya mungkin atas seekor haiwan, pengarangnya selalu bercerita seolah-olah dia disana dan mengembara bersama haiwan tersebut, berkongsi suka dukanya dengan penonton.

Fakta-fakta yang paling kering pun boleh diceritakan dengan menarik. Tetapi ianya hanya boleh dilakukan jika kita mempunyai latar belakang, maklumat-maklumat sampingan yang boleh membantu memperkayakan naratif kita. Mari kita lihat petikan seterusnya:

“I don’t think screenplay writing is the same as writing -I mean, I think it’s blue printing.”                                                      – Robert Altman

[“Saya tidak fikir penulisan skrip adalah sama dengan penulisan. Maksud saya, saya rasa ianya adalah (lakaran) pelan tindakan (blue print)]

Robert Altman yang baru meninggal dunia tahun ini terkenal dengan cara perfileman yang lebih subversif, sindiran. Dan, penggambarannya juga lebih seperti dokumentari daripada cara tipikal Hollywood. Memang tepat pendapatnya yang membandingkan skrip sebagai pelan tindakan. Kesemuanya bermula daripada pelan ini. Tanpanya, tiada apa-apa pun boleh diwujudkan.

“Scripts are what matter. If you get the foundations right and then you get the right ingredients on top, you stand a shot… but if you get those foundations wrong, then you absolutely don’t stand a shot. It’s very rare–almost never–that a good film gets made from a bad screenplay.” – Tim Bevan

“Skriplah perkara yang penting. Jika anda mendapat asas yang betul dan kemudian anda mendapat bahan-bahan yang betul di atasnya, anda pasti akan berjaya... tetapi jika anda menggunakan asas yang bukan sesuai, maka anda boleh gagal. Ini amat jarang- hampir tidak pernah  berlaku – dimana filem yang bagus dihasilkan daripada lakon layar yang buruk." – Tim Bevan

Saya sengaja menggunakan perkataan “lakon layar”, yang digunakan untuk skrip di zaman purbakala dulu. Tim Bevan bukanlah penulis skrip, tetapi seorang penerbit, jadi dia faham kepentingan skrip dari segi komersial.

Mengikutnya, skrip perlu membolehkan seseorang pengarah dan mereka yang terlibat membina perkara-perkara yang perlu, yang tidak lari daripada pelan tindakan, tetapi masih boleh diperkembangkan.

Jika asasnya tidak kuat, maka kesemua yang kita timbunkan ke atasnya boleh runtuh. Kebanyakan filem dan dokumentari (terutamanya yang mempunyai agenda perkauman, politik atau agama) tidak berjaya, atau dicemuh oleh penonton kerana mereka membina naratif diatas premis yang lemah, berat sebelah atau tidak boleh dipercayai walaupun di bina dengan pelbagai bukti. Penyataan atau tuntutan boleh diruntuhkan dengan mudah jika tidak ada bahan sokongan dibina atas premis yang memang lemah. - RKP

Bahagian 16: Berdakwah kepada koir
Bahagian 18: Blok Penulis

Comments

Popular Posts