Penulisan Skrip Program Majalah Untuk TV 16
Kita sambung sedikit isu yang dibincangkan di bahagian 15 mengenai isu “mendakwah” dalam program majalah. Seperti yang dinyatakan disana, kita mempunyai tanggungjawab sebagai penulis skrip untuk berdiri di tengah-tengah garisan antara dua isu/pandangan yang bertentangan.
Jika disana kita
berbincang mengenai memaksa masuk pendapat dan pandangan kepada penonton
melalui penulisan skrip. Tetapi apa pula jika kita terlalu baik sehingga hanya
membawa masuk naratif yang menyenangkan hati penonton sahaja?
“Preaching to the choir” / Berdakwah kepada
koir
Maafkan saya
untuk terjemahan langsung di atas. Tetapi ungkapan tersebut adalah salah satu
masalah besar kebanyakan pemimpin-pemimpin dan juga pembikin filem dokumentari.
Mereka tidak memikirkan rakyat atau penonton-penonton yang tidak mempunyai
kesedaran tentang mesej yang ingin mereka sampaikan.
Malah, mereka “pander to the mass” atau
memberi apa yang diinginkan oleh ramai, walaupun perkara yang diingini itu
adalah bahaya seperti kefanatikan mereka kepada agama atau ideologi. Ini perlu dielakkan
langsung dalam program majalah.
Di sinilah penerbit
perlu membawa masuk pelbagai pihak dari latar belakang berlainan untuk memberi
pandangan mereka, yang tidak lari dari subjek yang dibincangkan dalam program
tersebut dan membawa masuk perspektif baru dalam perbincangan ini.
Membawa masuk
pandangan/pendapat dalam skrip
Seperti rencana,
artikel, pandangan, pendapat dan analisis daripada mereka yang bukan menjadi
tetamu dalam rancangan tersebut boleh dibawa masuk ketika menulis skrip latar
suara. Tetapi ianya perlu menyokong perkara yang sedang dibincangkan.
Dalam penyelidikan
mengenai sesetengah subjek, kita boleh menyokong sesetengah kenyataan dengan
membawa masuk pandangan pakar-pakar daripada buku-buku atau rencana yang di
tulis. Dan ianya mestilah sesuai dengan subjek dan perkara yang sedang
dibincangkan tatkala itu.
Kesemua ini harus
nampak baru dan segar bagi penonton-penonton. Ramai yang tidak tahu langsung
tentang subjek yang dibincangkan; oleh itu... untuk mereka menerima setiap perkara,
fakta, penerangan mengenai sesuatu insiden yang mungkin telah berlaku... mereka
perlu diyakinkan dengan sokongan yang disebutkan selama ini, dengan bukti-bukti,
keterangan daripada saksi. Ini mungkin akan membantu mereka mengambil perhatian
mengenai perkara yang baru mereka faham, dan bukan untuk menukarkan fikiran
mereka – itu terpulang kepada mereka.
Dan pada masa
yang sama, kita juga perlu mencabar penonton-penonton dengan maklumat-maklumat
yang betul tetap sukar diterima. Truth is a bitter pill, kebenaran boleh
memahitkan hati. Ini juga bukanlah bermaksud kita memaksa perubahan pendapat
dikalangan mereka.
Oleh itu, kita
boleh elakkan diri dari menulis perkara-perkara yang senang disetujui atau
disokong oleh penonton. Ingat, jangan pandang rendah intelek penonton, mereka suka
dicabar dengan pandangan baru dan maklumat-maklumat kukuh yang tidak pernah
mereka ketahui sebelum ini.
Jangan akibatkan
permulaan kultus pula
Pengabadian
fanatik, akan mengakibatkan pewujudan budaya kultus (cults). Okay, mungkin
saya keterlaluan sedikit mengenai isu ini, tetapi banyak rancangan-rancangan
luar negara pernah capai tahap kultus, seperti program bual bicara Oprah
dimana peminat-peminat banyak menjadi seperti pengikut pula.
Perkara ini
jarang berlaku, tetapi kita tidak tahu apa yang bakal mencetuskan perkara yang
disetujui yang kemudiannya menjadi titik tanda permulaan sub-budaya pula yang
memecah belahkan keluarga dan masyarakat. Ini satu penganggaran yang kemungkinan
yang berlebihan...tetapi kita tidak tahu...
....seperti yang
ditulis oleh penulis skrip filem terkenal William Goldman, apabila berbincang
tentang industri filem dan kejayaan dan kegagalan sesuatu filem, “Nobody
knows anything” (tiada sesiapa pun tahu apa-apa). - RKP
Bahagian 15: Pendakwahan dalam skrip
Comments
Post a Comment