Penulisan Skrip Program Majalah Untuk TV 15
Saya menggunakan
perkataan pendakwahan untuk perkataan Bahasa Inggeris “preaching”
bermaksud, penyebaran sesuatu mesej yang dipercayai oleh sendiri bertujuan
untuk menukar fikiran si pendengar atau penerima mesej ini, supaya mereka juga
mengikut ajaran, moral, tujuan mesej tersebut.
Pendakwahan/Preaching
Pendakwahan
melalui dokumentari adalah amat berkesan, dan banyak keluaran-keluaran
sedemikian telah menjadi popular dan kontroversi, dan selalunya popular
disebabkan oleh kontroversi tersebut bukan semestinya ianya mempunyai kandungan
yang hebat... Kontroversi pula boleh
timbul jika dokumentari tersebut mengutarakan teori-teori konspirasi yang
menuding jari ke arah sesetengah pihak. Dalam Malaysia pula isu-isu sensitif
berkaitan dengan perkauman dan agama tidak diterima dengan baik oleh kebanyakan
penonton dan ianya selalu disekat di tahap pra-penerbitan oleh stesen-stesen TV
sendiri.
Perkara-perkara
sedemikian bolehlah di filem secara persendirian dan dibawa ke festival filem
di mana penonton-penonton di sana boleh menerimanya. Tetapi untuk program
majalah TV - tidak kira apa platformnya - kita perlu sedar bahawa spektrum
penontonnya adalah amat luas, kita perlukan perhatian mereka, dan perlu
mengelakkan diri daripada menggores hati mereka sehingga mereka memprotes; dan
keadaan akan menjadi kucar kacir sehingga stesen siaran akan menggantung sementara
siri majalah tersebut , atau, lebih teruk, terus di batal.
Mesej dan
Dakwah
Pendakwahan
tentang kepercayaan sendiri dari segi agama dan budaya ada platformnya
tersendiri. Kadang-kadang terdapat satu lapisan yang tipis memisahkan mesej dan
dakwah. Mesej perlulah penyampaian perkara-perkara yang hanya sampai kepada
penerima-penerima yang sesuai atau terpilih.
Kita tidak boleh
mengambil sesuatu kepercayaan, ideologi, atau teori, dan seperti frasa bahasa
Inggeris “cherry picking’ (memetik ceri)... hanya mengambil fakta-fakta dan
insiden-insiden yang membantu meneguhkan teori atau kenyataan yang ingin kita
sampaikan. Sebaliknya, kita perlu membuat kesimpulan setelah melihat
fakta-fakta yang dapat dicari dan situasi yang mengelilingi insiden tersebut.
Jika kita memetik
ceri, kita boleh jadi berat sebelah, dan walaupun apa yang disampai
dipersetujui oleh sesetengah pihak, ia juga boleh mendapat tentangan hebat
daripada mereka yang bercanggah pendapat, dan juga boleh ditolak oleh mereka
yang neutral.
Jangan Hakimi
Subjek
Pengarah dan
penulis filem dokumentari ternama seperti Michael Moore menjadi terkenal bukan
kerana isi kandungan filemnya yang berkualiti dan dilihat sebagai satu
pencapaian tertinggi dalam industri perfileman dokumentari... Tidak. Mereka
menjadi popular kerana kesemuanya mempunyai agenda, dan keseluruhan atmosfera
filem-filemnya lebih kepada mengutuk sesuatu pihak. Ini kita boleh buat dalam
situasi perfileman bebas (independent filmmaking).
Dalam program
majalah, kita biarkan tetamu kita memberi pendapat dan pandangan mereka yang
datang daripada posisi atau latar belakang mereka – berasaskan kelayakan dan
pengalaman mereka. Tetapi, sebagai pihak neutral, kita hanya boleh sertakan
kenyataan yang menyokong apa yang merek telah katakan. Jika apa yang
diketengahkan adalah penting tetapi ianya disokong oleh fakta-fakta yang kita
rasa boleh dicabar kelak – kita nyatakan kesangsian kita dan biarkan penonton
untuk memutuskan pendapat masing-masing.
Oleh itu,
sekurang-kurangnya dalam rancangang majalah “never take sides”. Jangan
sesekali memihak sesiapa pun - RKP
Bahagian 16: Berdakwah kepada koir
Comments
Post a Comment