Penulisan Skrip Program Majalah Untuk TV 14
Fokus, sudut
penyampaian dan penggunaan maklumat
Setiap penulis,
tidak kira apa bentuk tulisan, platform, selalu memikirkan tentang sudut
penyampaian atau angle sebelum melakar berita, rencana atau ceritanya. Selalunya
wartawan yang membuat liputan sesuatu insiden atau sidang media selalu balik ke
pejabat mereka, berjumpa dengan pengarang dan akan membincang angle
tersebut.
Kebiasaannya
adalah, ia perlu berkaitan dengan penerbitan cetak atau atas talian mereka,
atau program (berita, majalah, dan sebagainya) bagi platform penyiaran. Ketika
saya bekerja dengan akhbar harian bertemakan perniagaan dan kewangan, The
Malaysian Reserve dahulu, saya memahami tema tersebut dan akan cuba mencari
maklumat yang berkaitan, dan jika tiada, akan menanya soalan-soalan yang sesuai
dengan isu kewangan dan perniagaan walaupun sidang media yang dihadiri,
misalnya, adalah hanya untuk melancarkan sesuatu produk.
Oleh itu, seseorang
penulis skrip mempunyai kelebihan jika dia mempunyai latar belakang
kewartawanan. Penulis-penulis berita memberi kepentingan kepada kehendak
pendengar, pembaca atau penonton, dan sebaliknya, pihak-pihak penerima berita
sudah semestinya mempunyai jangkaan mengenai apa yang bakal mereka dapati
daripada portal-portal dan platform berita tersebut.
Disinilah ‘tema’
memainkan peranan penting. Jika kita menulis untuk program majalah wanita, kita
sudah tahu bahawa penonton kita adalah kebanyakannya wanita; senang. Untuk
majalah kewangan, kita tahu bahawa penonton mempunyai minat mendalam atau
terlibat dalam bidang tersebut.
Kehilangan fokus
Perlulah kita
faham bahawa tatkala sesuatu episod rancangan itu hilang fokusnya dalam
penyampaian perkara atau mesej utama, maka penonton akan hilang minat dengan
serta merta. Tema dan sudut penyampaian yang tidak lari daripada subjek di bincang
boleh mengekalkan perhatian mereka....mereka akan terus duduk dan menonton
rancangan tersebut.
Itulah sebabnya
kita tidak boleh lari daripada fokus episod tersebut. Antara perkara yang boleh
menyebabkan kehilangan fokus adalah:
1.
Gangguan
(distraction)
Kita boleh
terlalu leka dengan maklumat trivia yang nampak menarik tetapi tidak penting
bagi tema dan sudut penyampaian yang kita hendak untuk rancangan/episod tersebut.
Dan jangan sekali-sekali membawa masuk perkara yang kita ingin selitkan atas
agenda kita sendiri yang bukan sahaja boleh menyebabkan gangguan kepada flow
perbincangan tersebut, tetapi boleh mematikan langsung minat mereka, dan juga
mewujudkan permusuhan pula.
2.
Terlalu
banyak maklumat
Kita faham perlunya
ketepatan dan untuk membuktikan sesuatu kenyataan kita boleh terlebih semangat dan
mengorek banyak maklumat bukti, lalu cuba memuatkan kesemuanya dalam jangka
masa yang singkat bagi episod atau segmen tersebut. Ini boleh mengelirukan
penonton, dan memesongkan fokus episod.
3.
Susunan
maklumat
4. Seperti isu berlebihan maklumat, susunannya juga memainkan peranan penting. Inilah yang menentukan arus (flow) episod tersebut. Jangan bercelaru, maklumat juga kena flow mengikut kepentingan dan perhubungan antara satu sama lain..
6.
Sebagai
contoh, izinkan saya gunakan insiden Skandal Watergate sebagai contoh. Kesemua
tamu wartawan yang ditemu bual tidak terlibat dalam liputan skandal tersebut
yang berlaku di tahun 1970an. Hanya seorang sahaja wartawan veteran mempunyai
pengetahuan mendalam dan melalui zaman itu, dan lain-lain semuanya muda lagi
dan tidak ada pengetahuan mengenai insiden tersebut.
8. Tetapi, perbincangan mereka tentang kewartawanan penyiasatan amat membantu dalam membawa perbincangan dalam skrip daripada satu sudut penyampaian ke perbincangan lain.
Ulangan
Disebabkan tetamu
episod kesemuanya akan berbincang tentang perkara yang sama, ada bahaya di mana
kita akan mengulangi fakta, atau lain-lain maklumat. Pengingatan perlu tatkala
maklumat tersebut telah di diberi pada awal rancangan dan memainkan peranan
penting tatkala perbincangan pada pangkalan episod.
Melainkan
daripada tujuan tersebut, jangan sering kita ulangi kenyataan, bukti-bukti yang
sama. Ini akan menyebabkan episod tersebut nampak terlalu “berdakwah” (kita
akan bincangkan perkara ini dalam catatan yang akan datang). Sampaikan fakta
yang betul, pada masa yang tepat dan jika penonton perlukan pengingatan pada
masa yang lain, baru kita ungkit balik perkara atau fakta tersebut.
Bahagian 13: Kerja rumah sebelum wawancara
Bahagian 15: Pendakwahan dan perkongsian
Comments
Post a Comment