Penulisan Skrip Program Majalah Untuk TV 11
Saya meminta maaf
jika kelihatan keliru sedikit dalam penyampaian pengalaman dan pengetahuan
berkaitan mengenai penulisan skrip program majalah ini.
Kadang-kadang
perkara yang perlu diketahui dahulu saya sampaikan kemudian, seperti kali ini.
Saya hanya mencatatkan kesemua ini mengikut naluri (instinctive), jadi
bersabarlah dengan saya ya.
Treatment
Saya tak dapat
perkataan yang sama dalam B.M, jadi harap boleh diizinkan saya menggunakan
perkataan yang sama.
Bagi skrip
fiksyen, selalunya treatment akan di tulis dahulu setelah cerita
disetujui oleh mereka yang terlibat dalam pengambilan keputusan. Ianya adalah
jalan cerita yang terus terang dalam penyampaiannya. Ianya akan terus
menceritakan apa yang akan dilihat oleh penonton secara ringkas, tiada dialog
atau deskripsi yang berlebihan.
Dari segi program
majalah dan dokumentari, masalahnya kita tidak tahu apa yang bakal direkod
dalam penggambaran, siapa yang akan dikemukakan untuk temu ramah dan sebagainya.
Seperti yang
disebut dalam disini,
penulisnya nampak bahawa ramai pembikin filem dokumentari berpendapat bahawa
penulisan skrip bercanggah dengan idea perfileman dokumentari:
“Dalam tesis
kedoktoran saya (Aaltonen 2006), saya perhatikan bahawa ramai pembuat filem
dokumentari mendapati penulisan skrip agak tidak sesuai dengan idea filem
dokumentari itu (sendiri).1 Menurut mereka, skrip tidak boleh ditulis, kerana
anda tidak boleh mengetahui terlebih dahulu apa yang akan berlaku....”
Kita kena menulis
apa yang akan bakal dilihat (dan didengar) oleh penonton. Skrip tersebut
sepaturnya sudah menarik perhatian kita sendiri dalam kepala kita sebelum ianya
boleh diturunkan di atas muka surat.
Senaraikan
Kemudian,
senaraikan kesemua subjek-subjek yang boleh dibincangkan mengikut tema yang
dipilih untuk majalah atau dokumentari tersebut. Kita boleh bermula dengan
jalan cerita yang dimulakan dengan suara latar, dan menganggarkan di mana temu
ramah akan menambah maklumat atau memberi gambaran yang lebih mendalam subjek
tersebut.
Kita juga perlu nyatakan
babak-babak yang sesuai disampaikan melalui lakon semula dan ianya perlu
berpatutan dengan qualiti dan juga anggaran kos produksi. Janganlah sampai ada
adegan kereta meletup dan bangunan runtuh, nanti meletup bajet sedia ada, dan seluruh
projek boleh runtuh.
Kita perlu
bayangkan jalan cerita yang kita mahu sampaikan dan tunjukan apa yang akan
berlaku dalam kaca TV penonton.
Disebabkan tiada banyak
bahan rujukan atau artikel berkenaan perkara ini terutamanya dari segi bagaimana
ianya dipraktikkan dinegara kita, saya terpaksa mencipta cara saya sendiri. Jadi,
saya mengikut struktur setiap skrip, samaada pentas atau filem, yang mempunyai
struktur bab (SCT) seperti berikut (dua contoh berlainan):
Mengikut tema, subjek, situasi, dan penonton sasaran, kita boleh menyusun fakta-fakta, maklumat-maklumat dalam treatment kita.
Selitkan temu
ramah di tempat yang sesuai, kerana tatkala saat treatment ini
dikemukakan kita sudah tahu siapakah yang akan menjadi (atau jika kita sudah ada
merakam temu ramah sebelum ini dan mempunyai simpanan rakaman-rakaman temuramah
yang bakal atau boleh digunakan).
Dibawah adalah contoh
treatment yang saya buat untuk satu episod yang kemudiannya ditolak oleh pihak
penyiaran, berkenaan dengan pembunuhan seorang ratu cantik di zaman 70an
Episod X: Pembunuhan Ratu
Pembawa Acara : (Suara Latar belakang)
Tetamu:
XXXX Wartawan Suratkhabar XXX
YYYYYY Wartawan, Suratkhabar YYY
XYZ123 (pensyarah
dan pengarang buku)
XYY 123 (Pakar Psikilogi)
Pelakon Tambahan untuk lakunsemula.
Act 1
Pengenalan
1. Kita mendekati dunia pertandingan ratu dari
zaman dahulu dan apakah tujuan sebenarnya (untuk menonjolkan kecantikan kaum
hawa, dan juga dieksploitasi oleh syarikat-syarikat barangan kecantikan untuk
menjual produk dan perkhidmatan mereka).
2. Kita ke zaman 70an apabila Malaysia mula
mengalami satu revolusi kebudayaan baru, dengan masuknya budaya barat dan
pertandingan ratu cantik menjadi satu daripada yang amat popular ketika itu.
3. Kita mendengar sedikit melalui wartawan veteran
berkenaan peliputan aktiviti sebegini ketika itu dan respon di kalangan
pembaca.
4. Tetapi, dunia glamour ini bergegar bila pada
1979, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita pembunuhan seorang ratu cantik
Jean Perera.
Act 2
Kandungan.
1. Pada tahun 1971 Jean Perrera telah menjadi Ratu
Cantik negeri Sembilan dan seterusnya menjadi Ratu Cantik Malaysia.
2. Dia berkahwin dengan S. Sinnappa, yang
kemudiannya mati dalam satu kemalangan, meninggalkan janda dengan tiga beranak.
3. Ketika itu, dia dikatakan mempunyai hubungan
rapat degan abang iparnya, Kathigesu, yang dimulakan oleh Kathigesu sendiri
yang lama mempunyai hasrat terhadap Perrera.
4. Tetapi pada tahun 1979, Perrera
ditemu mati, ditikam beberapa kali, di jalan raya dengan Kathigesu
bersamanya, dalam keadaan tidak sedar diri.
4. Kita mendengar daripada wartawan veteran
berkenaan dengan isu ini, apakah reaksi pembaca-pembaca berita pada masa
tersebut terhadap peristiwa ini.
5. Dari pihak polis kita mendapat tahu bagaimana
mereka mensyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan insiden ini, dimana
Kathigesu sendiri telah membunuh Perrera.
6. Kathigesu telah ditahan atas tuduhan
pembunuhan, dan kemudiannya dibebaskan dengan apabila seorang saksi mengambil
balik kenyataan awalnya.
7. Walaupun begitu, media tidak mendiamkan diri
dan mula menyiarkan berita perhubungan tiga segi antara Kathigesu, Perera dan
seorang lagi yang mempunyai hubungan sulit dengan Perera, seorang doktor dari
Sri Lanka.
8. Dalam pada itu, saksi yang menarik balik
kenyataan itu di tahan kerana menipu dalam pembicaraan, manakala Kathigesu pula
telah keluar dari penjara selepas dua tahun dan empat bulan.
Act 3
Penutup
1. Kita melihat melalui wartawan veteran,
bagaimana kes yang sulit ini dilapurkan ketika itu dan respon pembaca-pembaca
dan apakah kesimpulan yang diambil ketika itu.
2. Kita juga mengambil pendapat penganalisa dan
lain pakar berkenaan dengan apakah yang mungkin telah berlaku pada masa itu.
3. Kita melihat dari pelbagai lakon-semula melalui
teori-teori yang dikemukakan melalui wawancara ini.
4. Penonton sendiri diberi ruang untuk memikir
apakah kemungkinan motif sebenar didalam pertelingkahan perhubungan diantara
Perera, Kathigesu, dan doktor dari Sri Lanka.
Kad Penutup dan montag.
Bahagian 12: Fillers
Comments
Post a Comment