Penulisan Skrip Program Majalah Untuk TV - 10


Artist suara latar/Voice Over (VO) tidaklah berbeza daripada seorang pelakon. Mereka mengambil watak seorang pemandu (guide) bagi penonton. Artist VOlah yang menjadi jambatan diantara apa yang dilihat dan didengar di skrin dengan penonton. Ketika menulis skrip VO, kita sudah mendengar suara tersebut dalam kepala kita. Mari kita mengenali sedikit VO dan penggunaannya.

Ramai penonton akan hilang minat jika audio, terutamanya suara latar tidak jelas atau tidak memberi apa-apa manfaat tambahan untuk mereka Bayangkan mereka yang kurang upaya penglihatan (visually impaired)....mereka amat memerlukan suara latar untuk memberitahu apa yang sedang berlaku.

Naratif dan Suara Latar

Ramai yang mungkin sudah serik dengan perkataan ‘naratif’ yang di “terlebih gunakan” dalam media. Ramai penganalisis dan pakar-pakar sosial dan budaya sering menggunakan perkataan ini. Disebabkan maknanya sudah terpesong dan berkembang (atau sebaliknya), kita berbalik kepada perkataan dan maksud asal perkataan “narrative” yang berasal daripada Bahasa Inggeris.

Naratif, di sini, merujuk kepada cerita. Untuk “to narrate”, seseorang akan menceritakan balik sesuatu kisah atau menerangkan sesuatu fakta.

Disebabkan kita sudah mempunyai visual untuk penceritaan, kita tidak perlu terlalu terperinci dengan fakta kita, dan disini kita perlu memahami respons dan kapasiti penonton dalam memahami apa yang kita hendak sampaikan.

Menghormati intelek penonton

Jangan kita sekali-sekala meremehkan intelek penonton. Mereka tidak tahu secara mendalam tentang subjek yang kita ingin sampaikan – tetapi ianya tidak bermaksud mereka perlu disuapkan maklumat setiap masa.

Temuramah, dan bahan-bahan visual seperti infografik sudah melakukan kerja penerangan secara terperinci. Tugas VO adalah untuk memberi maklumat tambahan kepada visual yang sedia ada serta membuat extrapolasi.

VO semestinya perlu bersama penonton dalam proses pembelajaran. Ianya tidak boleh merendahkan pihak lain (condenscending) dalam penggunaan bahasa dan nada. Dalam penulisan, perlu ada luahan kegembiraan misalnya, atau emosi lain yang berkaitan yang boleh meletakan penonton dalam dunia yang sedang di persembahkan di kaca TV atau gajet mereka.

Mengisi jangkamasa

Tidak seperti penulisan artikel dan sebagainya, kita mempunyai had dalam jangka masa penyampaian kita. Ingat perkara ini selalu: Penonton zaman sekarang mempunyai rentang perhatian yang singkat (short attention span) dengan kesibukan mereka serta gangguan daripada gajet-gajet di tangan.

Biasanya, bagi bilangan perkataan, kiraan yang selalu digunakan adalah 100 perkataan untuk satu minit. Tetapi kita boleh juga membaca dengan sendiri dan mengira masa, dan boleh dapatkan jangkaan yang lebih tepat. Oleh itu, bagi suara latar, kita akan diberi masa di antara temu ramah misalnya, dan kita boleh gunakan masa itu untuk menulis fakta-fakta yang diperlukan pada segmen, dan masa tersebut, dengan penggunaan bilangan perkataan yang sesedikit mungkin, tetapi cukup berkuasa (powerful).

Gunakan VO secara bertanggungjawab.

Adakala masa ramai pengarah filem dokumentari atau majalah menggunakan VO untuk memanipulasi penonton mengikut fahaman, ideologi atau teori-teori tertentu (atau peribadi). Ini boleh diserang balik oleh pihak yang berlawanan dengan subjek-subjek tersebut.

VO boleh memanipulasi pemikiran penonton jika ianya tidak jelas, dan lebih cenderung kepada kehendak berat sebelah pengarah atau penerbit. Ini boleh bertembung dengan polisi-polisi dan peraturan-peraturan stesen TV yang menyiarkannya (atau lain-lain platform dan portal).

Jadi seperti pisau, ianya bergantung kepada penggunaan VO, ia boleh membantu atau disalah guna, membinasakan episod tersebut.

Bahagian 9: Kaji Selidik 2
Bahagian 11: Penyediaan Treatment 

Comments

Popular Posts