Penulisan Skrip Program Majalah Untuk TV – 5
Jika kita ambil
skrip naratif berbentuk fiksyen, kita akan mendengar suara-suara yang berlainan
melalui pelbagai watak dalam cerita tersebut. Tetapi, di atas lapisan-lapisan
tersebut, terdapat suara pengarang cerita – The Narrator ataupun
kadang-kadang dikenali sebagai Voice Of God (tetapi ungkapan ini
boleh menjadi masalah terutamanya di negara kita).
Suara
Pengarang
Bagi sesetengah
majalah dan dokumentari, suara pengarang tidak diperlukan. Jika jalan cerita
sudah ditentukan, dan maklumat yang cukup (sebaiknya lebih dari cukup), maka
ianya boleh mengikut naratif yang ditentukan di bilik penyunting (editor’s
room).
Tetapi untuk
majalah, bagi segmen diantara temu ramah, jalan cerita sebaiknya perlu dibawa
oleh suara latar bagi pihak pengarang – iaitu penulis skrip itu sendiri.
Suara Latar, selalu
dirujuk sebagai VO (Voice Over dalam Bahasa Inggeris) adalah sahabat
karib dan pemandu bagi penonton... VOlah yang akan memberi penjelasan atas apa
yang sedang berlaku di monitor kaca anda
Bahan kaji selidik
perlu disusun mengikut naratif. Jalan ceritalah yang penting untuk menarik
perhatian penonton. Perhatian mereka perlu dikekalkan agar mereka tidak hilang
minat, dan maklumat-maklumat yang dikongsi melalui VO akan mengekalkan
penglibatan mereka dalam persembahan ini.
Bahasa yang
digunakan perlulah mudah dan senang difahami. Kita tidak mahu penonton meraba-raba
dalam kegelapan ketika kesemuanya sedang berjalan dengan lancar. Oleh itu,
ianya menjadi satu alat untuk memberi penjelasan dan kaitan apa yang kita
melihat secara visual terhadap isu atau subjek yang sedang di bincang dalam episod
itu.
Tugas Suara Pengarang
Seperti yang
disebut tadi, tugas pengarang adalah untuk memberi maklumat dan terus
mengekalkan perhatian penonton, dengan penuh keyakinan. Ini bukan satu lagi
butiran motivasi... tanpa ayat-ayat yang kuat, yang jelas, ianya hanya memberi
ruang untuk dikritik, atau lebih teruk, dikutuk oleh penonton.
Tulisan untuk VO
boleh nampak berbentuk artikel atau berita, dan ianya bukanlah satu masalah
jika maklumat yang berkaitan ada didalamnya. Cuma, ianya perlulah mempunyai
tanda baca yang sesuai dan tidak panjang sangat. Anda perlu bacanya dengan
lantang untuk mengetahui kesesuaiannya bagi artis VO kelak ketika rakaman.
Dalam penggunaan
ayat dan perkataan berkait rapat dengan tema rancangan, kita boleh membentuk
satu suasana yang sesuai untuk penonton bagi mereka menerima lebih lagi
maklumat-maklumat yang keras (cold, hard facts) terutamanya daripada
tetamu-tetamu rancangan tersebut. Bahagian yang akan datang akan terus meneliti
tulisan, cara penulisan, dan yang penting, aliran (flow) tulisan tersebut.
Kita akan masukan
banyak lagi elemen-elemen yang perlu untuk memberi naratif supaya kita dapat mengungkitkan
emosi yang dikehendaki daripada penonton. Sehingga perbincangan yang akan datang...
Bahagian 4: Bukti audio visual
Bahagian 6: Mengenali dan memahami penonton
Comments
Post a Comment