Penulisan Skrip Program Majalah Untuk TV – 4

 

Bukti-Bukti Audio Visual

Seperti rencana-rencana akademik, setiap persembahan, pendapat, teori-teori, peristiwa dan lain-lain perlu disertakan dengan bukti-bukti yang kukuh. Ini akan meyakinkan pembaca bahawa ianya adalah benar dan tidak perlu dipertikaikan. 

Dalam rancangan majalah TV, bahan-bahan ini adalah amat penting, terutamanya material audio, visual (dan keduanya). Bahan-bahan tersebut boleh dipersembahkan dalam bentuk video dan gambar-gambar serta juga gambarajah, ilustrasi dan animasi (audio visual).

Domain Awam - Gambar

Terdapat banyak laman-laman atas talian yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan gambar-gambar yang umum, yang mungkin tidak secara terusnya berkaitan dengan apa yang kita ingin ceritakan, tetapi mempunyai hubungan, atau boleh memberi gambaran.

Gambar-gambar keratan akhbar boleh diperolehi dengan pencarian Google Image, dan tatkala ianya diselitkan dalam episod-episod yang berkenaan, kita perlu berikan kredit yang sepatutnya kepada laman web yang digunakan. Jika ianya didapati daripada laman web tidak rasmi, atau perseorangan, kita perlu menyatakan sumber, dalam kes ini, “Google Image” ketika gambar tersebut dalam siaran.

Terdapat beberapa portal yang boleh kita dapatkan gambar-gambar umum seperti Wikimedia Common, Unsplash, Flickr Common, dan banyak lagi jika kita melakukan pencarian yang sesuai di Google. Pastikan ianya tidak mempunyai 

Portal Audio-video

Begitu juga dengan penggunaan bahan audio visual. Jika ianya diambil daripada sesuatu pihak, mereka perlu diberi kredit yang sewajarnya. Dan jika ianya diambil terus daripada portal-portal video seperti YouTube atau DailyMotion, maka perlu juga kita menunjukan sumber tersebut.

Sebaik mungkin, lebih selamat jika kita menggunakan domain awam dan portal-portal sebegini. Namun, kita perlu memberi perhatian kepada sumber utama bahan tersebut. Kadang-kadang terdapat klip-klip dalam YouTube yang diambil daripada sumber lain dan mereka pula diberi kredit dibawah video.

Kesemua ini akan diperhatikan ketika kita menghantar episod-episod yang sudah siap kepada stesen televisyen atau platform lain, dan kita akan dinasihatkan supaya meletakan kredit yang sesuai, dan bahan hak milik (copyright) pihak lain perlu dibeli untuk mengelakkan isu saman daripada pihak pemegang hak milik tersebut.

Isu Hak Milik (Copyright)

Disini kita perlu tekankan bahaya penggunaan bahan-bahan audio visual tanpa kebenaran daripada pemilik hak tersebut. Jika kita mendapatkan bahan tersebut daripada Arkib Nasional, misalnya, jabatan itu perlu dikreditkan ketika klip tersebut disiarkan dan juga ketika kredit akhir episodnya.

Paling baik adalah jika kita boleh menggunakan bahan-bahan rakaman daripada stesen berkenaan yang akan bakal menyiarkan episod tersebut. Katakanlah RTM: Maka kita boleh menghubungi pihak arkib RTM untuk mendapatkan klip-klip yang sesuai, dan boleh dikreditkan pada akhir rancangan.

Tetapi ingatkan perkara penting ini: Janganlah kita tertekan jika ada kemungkinan kita tidak mendapat bahan-bahan tersebut. Yang penting adalah fakta-fakta yang benar, dan yang sesuai untuk dimasukan dalam episod tersebut. 

Bahagian 3 Bahan-Bahan Kandungan

Bahagian 5 Suara Pengarang

Comments

Popular Posts