Penulisan Skrip Program Majalah Untuk TV – 2

Perbezaan antara program majalah dan dokumentari.


Siri majalah TV adalah juga seperti majalah cetak, Cuma penyampaiannya berbeza. 

Majalah bercetak lebih mementingkan penulisan, walaupun terdapat banyak gambar-gambar boleh memenuhi ruang muka surat. Ianya perlu diberi penjelasan melalui tulisan penerangan. Jikalau tidak, ianya akan jadi buku cenderahati (souvenir book) pula.

Seperti yang dinyatakan disini, episode-episod dalam rancangan majalah adalah kurang dari segi kelengkapan maklumat, lalu boleh menghadkan keupayaan penerbit untuk merangka dan memberi liputan secara menyeluruh isu-isu yang dikemukakan.

Ini berlainan dengan dokumentari, dimana satu subjek menjadi tumpuan penuh dan penuh dengan kajiselidik yang lebih menyeluruh, serta mengambil jangka masa yang panjang, dengan penglibatan pelbagai sumber-sumber luaran. Yang akan dan pernah menjadi isu adalah cara penampilan dan pandangan persendirian pembikin filem dokumentari tersebut.

Siri majalah yang kami terbitkan untuk RTM membincangkan satu isu – satu kes yang diliput dengan hebat atau disiasati oleh wartawan - untuk satu episod. Dan ianya dibincangkan oleh lebih daripada satu tetamu yang terdiri daripada:

  • ·         Wartawan (yang aktif atau bekas wartawan berpengalaman)
  • ·         Pakar-pakar berkaitan atau arif dengan hal-ehwal jenayah (Kriminologi)
  • ·         Pihak berkuasa (seperti Bekas ketua polis negara)
  • ·         Pakar psikologi dan bidang berkaitan

Majalah ini juga menampilkan visual-visual berbentuk:

  • ·         Gambar-gambar
  • ·         Statistik dan gambarajah
  • ·         Klip-klip asal berkaitan
  • ·         Lakunsemula insiden

Kebanyakan siri majalah TV mempunyai hos yang membawa penonton masuk ke kandungan yang bakal disiarkan. Dalam penerbitan kami pula, kita hanya menggunakan suara latar (Voice Over) yang bermula dengan pengenalan mengenai kes yang akan dibincangkan dalam rancangan tersebut.

Fungsi VO/Hos

Hos atau VO berfungsi tidak lain daripada suara yang kita dengar daripada berita-berita yang “kering”. Hos atau VO tidak mempunyai pendapat atau membuat apa-apa penilaian melainkan memetik daripada analisa atau kritikan daripada pihak-pihak yang lebih berkelayakan.

Hos/VO juga akan membuka satu perbincangan pendek yang disambung dengan temubual bersama personality-personaliti tetamu mengikut arus yang sesuai atau menarik. Kita tidak semestinya bermula dengan permulaan. Dalam isu seperti presiden Richard Nixon, ianya adalah pengetahuan ramai dan kita terus bermula dengan perletakan jawatannya.

Begitu juga dalam kes-kes pembunuhan, dimana ramai penuntun mungkin sudah tahu siapakan pembunuh sebenarnya… jadi, daripada kita menyimpan misteri ini seperti filem-filem suspen, ianya tidak menjadi masalah jika kita berkongsi informasi tentang siapa, apa, bila dan seterusnya awal-awal lagi. Isi kandugan daripada tetamulah yang penting disini, terutamanya perbincangan tersebut menyentuk pelbagai perkara yang penting dan boleh menambah pengetahuan penonton. Sehingga catatan akan datang....– RKP 18/11/2021

Bahagian 1 Pengenalan

Bahagian 3 Kaji selidik



Comments

Popular Posts