Penulisan Skrip Program Majalah Untuk TV – 7

 

Suara Pengarang – Aliran dan pengaitan

Dua elemen yang penting ketika sedang bercerita: Aliran dan pengaitan. Aliran cerita tersebut serta kaitan daripada satu perkara ke perkara yang lain adalah penting dalam penyampaian sesuatu subjek kepada penonton.

Aliran

Saya menggunakan perkataan “aliran” untuk flow disini, di mana ianya lebih sesuai dalam konteks penulisan skrip bukan fiksyen. Mungkin ada perkataan yang lebih sesuai.

Jadi, sesuatu aliran itu perlulah lancar, tanpa apa-apa halangan, dan selok-belok yang muncul tiba-tiba. Begitu juga dengan penerangan yang diberi melalui VO, ianya perlu mendapat perhatian penonton, membawa mereka ke alam yang sedang diceritakan tanpa mengganggu konsentrasi penonton. Di sini walaupun kita perlu faham bahawa penonton zaman sekarang mempunyai rentang perhatian yang singkat (short attention span) disebabkan kesibukan dan gangguan daripada gajet-gajet.

Temu ramah dan penerangan

Bila temu ramah sudah disusun mengikut jalan cerita yang dipilih dan kita dapat lihat bahawa satu temu ramah ke lain. Jika kita membahagikan temu ramah A, kepada A1, A2, A2 dan bagi soalan lain yang di tuju kepadanya, AB1, AB2, AB3... kemungkinan besar A1 ada kaitannya dengan AB3.

Jadi, diantara A1 dan AB3, kita perlu membawa satu subjek dan kaitkannya dengan subjek berikut. Ini tidaklah mustahil, disebabkan keseluruhan rancangan tersebut mempunyai satu tema penyatuan (a unifying theme) maka kita tidak boleh lari langsung daripada apa yang hendak disampaikan.

Untuk peralihan yang “licin” bahasa kita mempunyai pelbagai cara, iaitu penggunaan kata hubung dan Penanda Wacana.

Kata hubung traditional yang lebih cenderung kepada perbualan seperti:

Untuk lebih spesifik dan keperluan untuk menekankan sesuatu perkara atau fakta, kita boleh menggunakan frasa-frasa seperti berikut:

  • ·         bertitik tolak daripada hal ini
  • ·         tambahan pula
  • ·         lebih-lebih lagi
  • ·         selain itu
  • ·         di samping itu
  • ·         seperkara lagi
  • ·         sementelahan
  • ·         sehubungan dengan itu
  • ·         lanjutan daripada itu
  • ·         bukan sahaja itu malah
  • ·         seterusnya
  • ·         begitu juga dengan
  • ·         lain daripada itu
  • ·         bahkan juga
  • ·         turut menjadi (faktor/punca/sebab // kesan/impak // langkah/cara) ialah
  • ·         turut diambil kira
  • ·         cukup menarik juga
  • ·         walhal daripada itu

Keperluan untuk lompat ke perkara lain

Kadang-kadang, kita terpaksa beralih ke perkara yang langsung tidak kena-mengena dengan apa yang telah dibincangkan selama ini. Katakanlah tetamu berbincang tentang rompakan, dan kita terpaksa beralih ke isu perpecahan dalam rumah tangga. Ya, semestinya ada sesuatu yang tidak kena dengan flow ini, tetapi naratif melalui VO boleh memperbaikinya. Kita boleh mengaitkan satu ke lain. Contoh:

Rompakan ini telah diliputi luas oleh media-media dinegara kita. Ini disebabkan pembaca dan penonton sering cepat tertarik dengan kisah-kisah rompakan yang kadang-kadang boleh jadi lebih peribadi kepada mereka yang telah menjadi mangsa jenayah ini.

Kaitan peribadi ini selalu dicari-cari oleh penonton dan pembaca, kerana mereka tidak mahu keseorangan dalam pengalaman tragis seperti itu. Kes rompakan, pembunuhan, dan isu-isu rumah tangga juga cepat menarik perhatian mereka. Lebih teruk perpecahan perhubungan rumah tangga, lebih tertarik penonton dan pembaca yang tidak boleh lari daripada isu ini.  

Dan kita boleh bincang isu rumah tangga dari sini. Kita akan berbincang tentang aliran dan penggunaan ayat yang mengaitkan satu isu ke isu lain di bahagian yang akan datang

Peringatan.

  • Jika boleh, baca dengan lantang apa yang ditulis dan lihat di mana ada tempat yang agak “menggelegar”, tak kena jalan ceritanya.
  • Perhubungan sari satu perkara ke perkara lain mesti lancar, jangan melompat. Ingat: Rentang Perhatian Yang Singkat.
Bahagian 8: Mengisi Kekosongan

Comments

Popular Posts